Sunday, February 13, 2011

Dalam hidup kita pasti akan melalui banyak perkara menarik suka dan duka. Namun semua itu adalah rencah kehidupan yang mesti kita lalui kita hadapi mahupun kita suka atau pun tidak. Namun kita masih diberi pilihan untuk menghadapinya samada dengan tindakan yang positif atau negatif.


Apa juga yang bakal kita lalui , kita perlu melaluinya dengan rasa syukur, kerana kita akan nampak betapa indahnya dunia jika kita melihat segalanya dengan rasa penuh kesyukuran. Yakinlah selagi kita percaya kehidupan ini indah, segala hikmah akan dapat dicari.

Mengapa kita sentiasa diuji, kerana ALLAH menginginkan kita memperolehi kehidupan yang lebih baik, tanpa ujian dan dugaan kita akan terus terlena berada di dalam zon selesa yang dicipta oleh minda separa sedar, walhal realitinya pada kehidupan sebenar anda berada dalam keadaan yang jauh dari menikmati keselesaan.

Terdapat dua perkara yang dapat memotivasikan diri untuk lebih berjaya? pertama adalah kesenangan atau kebahagiaan, manakala yang kedua pula ialah kesakitan atau penderitaan.
Kita pula sebagai manusia, ada yang terdorong untuk lebih berjaya kerana inginkan hidup yang mewah, makmur dan bahagia. Bagi individu seperti ini dorongan keinginan tersebut akan banyak membantu untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan yang diinginkan.

Tetapi jika anda terdorong untuk lebih berjaya akibat kesakitan, penderitaan dan kemiskinan yang anda lalui, inilah masanya untuk anda belajar bagaimana untuk mencari kejayaan , kebahagiaan dengan penuh kesedaran. Mahu atau tidak anda perlu tahu bagaimana untuk mengawal minda anda supaya menjurus ke arah yang lebih positif, kerana di dalam minda anda ketika ini telah banyak tersimpan pengalaman-pengalaman kesakitan kepedihan yang telah anda alami.

Apa yang paling penting bukan sahaja keinginan tetapi ianya juga perlu dilengkapi dengan kesedaran untuk anda lebih berjaya. Jadi bangkitlah untuk berjaya dengan penuh kesedaran. Binalah impian untuk berjaya dan tinggalkan pengalaman pedih yang penuh menyakitkan. Jadikan ia sebagai sejarah yang hanya perlu diihat sebagai panduan untuk anda melangkah dengan penuh kebahagiaan

0 Comments:

Post a Comment