Sunday, February 13, 2011

Berani Berubah..


Persoalan yang kita wajar bertanya pada diri sendiri..

Jika hari ini kita boleh berubah menjadi yang lebih baik dari semalam, ianya juga adalah satu kejayaan.Apa yang penting adalah sanggup melakukan perubahan.

Samada percaya atau tidak, perubahan juga adalah satu aturan dalam kehidupan kita. Malahan ianya adalah satu komponen penting untuk kita mencapai kemajuan dan kejayaan. Tanpa perubahan, hidup kita umpama pegun kerana setiap hari kita akan sentiasa mengalami sesuatu yang sama dan tiada perbezaan.

Jadi jika kita inginkan sesuatu yang berbeza, maka cara yang paling baik ialah mencipta perubahan di dalam hidup kita. Inilah yang dinamakan hijrah dalam kehidupan.

“It is not the strongest of the species that survive, nor the most intelligent,but the one most responsive to change.” Charles Darwin.

Perubahan itu kadang kala begitu berat dan menyakitkan. Tetapi dengan hanya dengan melakukan perubahan kita akan menjadi manusia yang lebih bererti dalam hidup seterusnya sesuatu masalah dapat diselesaikan. Namun tidak dinafikan perubahan yang paling sukar adalah perubahan cara berfikir.Untuk mengubahnya ia memerlukan waktu dan kesabaran.Namun sekiranya ada berjaya membuat perubahan, pastinya banyak perubahan hebat yang akan berlaku di dalam hidup.

Fikir2kan lah...

0 Comments:

Post a Comment