Thursday, February 17, 2011


Persoalan yang kita wajar bertanya pada diri sendiri..

Jika hari ini kita boleh berubah menjadi yang lebih baik dari semalam, ianya juga adalah satu kejayaan.Apa yang penting adalah sanggup melakukan perubahan.

Ayat di atas ialah ayat mukadimah N3 beberapa hari lepas dan malam ini ada sambungan tajuk iaitu "lanjutan" hehe

Berubah kekadang boleh dalam keadaan drastik & kekadang mengambil masa yang begitu lama tapi apa2pun bagi aku mengikut keadaan dan apa yang nak di ubahkan.

Pernah tak u all semua rasa camner kalau diri tidak di ingini atau tidak menjadi pilihan???

Sudah pasti ada bermacam macam perasaan yang hadir dalam diri kita kan?

Kalau yang bertanya perasaan aku..arghh..!!! untuk saat dan ketika ini aku rasa lega..lega sesangat sebab walau pada mulanya aku tidak pasti samada hati dan perasaan aku boleh berubah atau tidak..ofkos ler ada juga perasaan gusar tapi bila keadaan tu telah terjadi pada diri aku entah mengapa aku kehilangan kata2 untuk meluahkan apa yang tersirat tapi sehingga hari ini aku rasa lebih yakin dan lebih tenang kepala tidak serabut macam dulu.

Perjalanan perasaan kita yang memerlukan perubahan kekadang memainkan peranan juga. Kalau dulu aku bergantung kepada harapan yang di beri tapi kini tidak lagi..apatah lagi setelah kini baru aku sedar aku bukan pilihan..aku buat macamana sekalipun aku masih hanya sebagai sandaran..bila perlu di cari bila tak perlu di campak ketepi macam sampah atau macam kain buruk.

Perubahan penerimaan hati kini makin mewarnai jiwaku..aku rasa lebih tenang bila fikiranku mengatakan bahawa aku bukan sesiapa untuk di beri perhatian apa lagi tumpuan..Janji manis hanya mainan bibir dan lidah yang tidak bertulang..

Apa2pun aku tetap bersyukur bahawa akhirnya aku tahu yang aku sudah lama tercampak ketepi cuma aku sahaja yang masih lagi mengutip sisa2 harapan..

Aku dah tak kisah kerana bagiku kalau tidak mampu jangan berlagak macam layak sangat sebab tak der makna kalau sikap tidak adil dan membezakan di jadikan tapak untuk berdiri maka harapan yang diberi hanya tinggal harapan yang di bawa angin lalu...


Tapi kini aku cuba bangkit dari kekecewaan yg amat memedihkan hati ini. Aku tak mahu lagi dibelenggu perasaan yg menyakitkan ini. Amat perit aku rasakan. Namun apa yg berlaku akan aku jadikan iktibar dan pgajaran di masa akan datang.

Dengan perubahan perasaan ku di saat dan ketika ini aku boleh ler ngan megah diri mengaku bahawa "aku telah berjaya..yezzz..!!!"

0 Comments:

Post a Comment