Bisikan Hati Cetusan Naluri..... Bibir Tak Bisa Bicara Bahasa Rasa
Ku keudaraaaaa lagiii..bersamamu kembaliii..!!!
Wah ayat macam happening saja tapi sejak 2 3 hari ni jiwaku trhadap bab yang satu ni sedikit sebanyak telah kembali menguntum mekarrr..
Jangan salah sangka aku bukan happy kerana telah kembali berdj ohhh tidakkk..tapi bidang yang baru aku ceburi ni ada kaitan dengan radio juga ahakz!
Suspennnn ek?
Kali ini aku bekerja di belakang tabir dan cam blur pulak bila rakanku mengatakan tugasan "penerbit" hehehe besar sangat gelaran tu rasanya tak perlu lah sebab aku ikhlas menolong.
Tugasan yang perlu aku lakukan ialah menyediakan bahan2 menerusi segmen yang di kelolakan oleh dj online radio tu..
Aku memang suka bab mencari bahan2 jadi dengan masaku yang banyak ni boleh ler aku sumbangkan sedikit info untuk pendengar..
Dah 2 segmen aku ketengahkan bahan2nya dan semua ini buat aku lebih ceria mengharungi kehidupan harian sebab mencari bahan2 ni semua buat aku sibuk lah juga sebab aku nak lakukan yang terbaik bukan untuk mendapat pujian tapi untuk kepuasan diri sendiri juga..so doakan yer semoga keceriaan aku akan berpanjangan dengan tugasan baru ni..insyaAllah..
Labels: Jeritan Hatiku