Thursday, March 17, 2011

tengah mendengar lagu2 yang baru aku downloadkan tetiba teringat sebuah lagu yang selalu aku dengar di radio SinarFm iaitu lagu lama dari penyanyi yang aku sendiri tidak tahu latarbelakangnya. Seingat aku dah 4 kali aku dengar lagu si penyanyi Azian Mazwan Sapuan ni dan entah kenapa hatiku asyik tersentuh jer dengan lirik dan cara dia menyanyi mendayu dayu kira bila dengar feeling dan touching habis lah. Lagu ni rasanya sesiapa yang senasib denganku tidak mempunyai parents lagi akan rasa hiba mendengarnya dan di antara lirik yang menyusuk kalbu ialah " Tiada beribu dan berayah, Tiada saudara hendak bermanja, Andainya engkau pepohon nan rendang, Bawah bayangmu aku menumpang" huhuhuuu cedeynyaaa...

Bukan Belas Bukan Simpati
Artist: Azian Mazwan Sapuan

Terdengar burung berkicauan
Ke sana sini terbang berkawan
Sedangkan diriku keseorangan
Dalam dahaga kasih dan sayang

Tiada beribu dan berayah
Tiada saudara hendak bermanja
Andainya engkau pepohon nan rendang
Bawah bayangmu aku menumpang

Menangis ku sendiri
Ketawa pun sendiri
Berpanjangan keresahan hati ini
Siapalah yang tahu
Sakit pening diriku
Tiada bertempat ku mengadu

Bukan mengemis bukan meminta
Hati terhiris ku pendamkan saja
Bukannya belas bukan simpati
Niat yang ikhlas letaknya di hati

Ku dengar burung menyanyi
Berterbangan bebas di angkasa
Walau sesekali terasa iri
Tabah ku terima takdir yang Esa

0 Comments:

Post a Comment