Thursday, March 17, 2011


Assalammualaikum & selamat hari Khamis

Pernah tak korang dengar ayat "masa elok semua cantik, semua indah, semua wangi..tapi bila dah tak suka dah jemu dah boring macam2 ler kata nista, tuduhan & kutukan yang di lemparkan"

Ada sorang teman lama pernah berpesan kalau kita rapat dengan seseorang jangan terlalu baik..jangan terlalu percaya dan jangan terlalu anggap dia lah segalanya takut akhirnya segala kepercayaan yang kita beri padanya akan membuat hati kita di sakiti. Keadaan ini lah yang sedang aku alami sekarang. Di sini bukan aku nak ungkit2 lagi dengan apa yang telah aku alami tapi sekadar nak lepas segala perasaan yang masih bersisa. Masa memula terjadi memang rasa bengang tapi sekarang di saat aku dah hampir2 tenang ada lagi yang orang tu tak puas hati..dah ler berkajang kata2 dan andaian dia terhadap aku sekarang masih nak ulangi semula. Aku dah malas nak layan (dia pun ada kata yang dia dah malas dengan aku tapi biasalah kata2 tak seiring dengan perbuatan.. masih lagi ada yang dia tidak puas hati). Sebaiknya sekarang aku buat saja apa yang aku rasa nak buat dan biar kan dia dengan segala perasaan dendam dengan segala andaian dan ungkitan dia itu lebih baik dari aku pun ikut melayan kerenah dia...

Untuk yang membaca blog aku ni dengan secara rela atau terpaksa sebaiknya korang tengok kat atas sudut sebelah kanan ada aku letak PERINGATAN jadi korang baca lah juga benda alah tu mana tahu akan timbul kesedaran dengan apa yang korang baca kat blog aku ini..

have a nice day
chow!

0 Comments:

Post a Comment