Wednesday, March 16, 2011



Tengahari tadi keluar "tengok dunia" & "hirup udara segar" kat luar hehe.. Desas desus tentang filem keluaran KRU STUDIOS sedikit sebanyak telah menambat hati yer lah selalu di perkatakan ramai bahawa ceritanya pasti menarik walaupaun cerita dongeng. Teruja betul nak nengok sehingga awal2 lagi telah berada di pawagam. Kebetulan hari ini hari bekerja jadi tak lah ramai sangat orang di pawagam lagipun tak ramai yang rajin datang seawal 12:50 tengahari untuk menonton tayangan pertama untuk hari ini.

*********

Tajuk Filem:
Hikayat Merong Mahawangsa

Pengarah:
Yusry Abd Halim

Penerbit:
KRU Studios

Tayangan (Malaysia):
10 Mac 2011

Pelakon:
Stephen Rahman Hughes
Jing Lu
Gavin Stenhouse
Craig Robert Fong
Eric Karl Henrik Norman
Keith Chong
W. Hanafi Su
Dato’ Rahim Razali
Khir Rahman
Ummi Nazeera
Nell Ng
Jehan Miskin
Umi Aida
Kuswadinata
Mano Maniam
Ravi Sunderlingam

Sinopsis:
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan
Barat?

0 Comments:

Post a Comment