Wednesday, March 2, 2011

Assalammualaikum dan selamat malam khamis 28 Rabiulawwal 1432H

Hasrat hati nak post N3 ni lebih awal tak menjadi juga hingga ke waktu ini baru lah berkesempatan untuk mengadap laman blog yang satu ni. Lewat petang tadi kepalaku memang rasa pening sedikit tapi setelah selesai solat maghrib keadaan kepalaku dah ok dah tak berdenyut lagi.

N3 kali ini aku mulakan dengan pertanyaan..Pernah tak ko orang rasa bengang apabila tanpa sebab ko orang di terjah dengan berbagai spekulasi yang bebukan hanya kerana catitan yang ko orang letak kat blog???

Dalam N3 terawal dari ini aku ada menyelitkan apa pandangan orang tentang orang yang suka meluahkan perasaan di blog dan pada malam ini aku nak kisah pulak tentang orang yang membaca blog.

Seperti yang kita semua tahu manusia ni ada bermacam ragam, sikap, peel dan tak ketinggalan cara menerima dan memahami sesuatu. Kita juga tak nafikan tahap pemahaman seseorang tak sama grade dia (perghhh siap kategori sebagai grade..) Aku sendiri sebenarnya kurang arif dengan orang yang membaca blog dan kemudian menghentam kromo penulis blog itu. Memula aku memang bingung sebab tanpa usul periksa orang telah menghukum aku dengan satu keadaan yang aku sendiri tak faham padahal keadaan sebelumnya yang membuat suasana jadi tawar tak der kene mengena dengan apa yang ada kat blog tetapi tetiba....ntah lah malas bercerita sebaiknya kalau dah pemahaman macam tu aku terima saja lah tak kan nak argue atau bertegang urat tak der maknanya.

Tolong lah kepada yang melayari, menatap, membaca apa yang aku luahkan di blog ku ini jangan lah terlalu menghukum sebab dah jelas2 aku catitkan di ruangan ABOUT ME yang ayatnya begini :-

"sekadar meluahkan suara hatiku terhadap segala yang ku lihat, dengar, rasa & fikir. Segala al-kisah yang di paparkan di sini lahir dari sudut hatiku sendiri."

Malah di ruangan PERINGATAN ADA AYAT INI :-
" Ini adalah blog peribadi Cella. Sebarang cite, luahan dan pendapat yang Cella paparkan di sini datangnya dari dalam diri sendiri, tidak ada kaitan dengan mana mana pihak kecuali jika Cella letakkan nama pemiliknya. Harap maaf sekiranya apa yang terdapat di dada blog Cella ini ada persamaan dengan diri anda dan anggaplah semua itu sekadar kebetulan."

Kalau orang yang baca dan FAHAM kenyataan yg sejak awal aku telah letakkan semasa aku memula upkan blog ini mesti tiada salah faham dan akan menerimanya tetapi biasalah kalau kita baca dengan fikiran yang tidak terbuka maka macam2 lah perasangka yang menghantui diri.

Apa2pun terima kasih kepada yang sudi membaca dan terima kasih kepada yang tetiba hangin bila membaca dan ketahuilah bahawa sekiranya takut dengan bayang2 sendiri tak perlu lah baca pergi baca artikel2 yang lain itu lebih memanafaatkan diri.

sekiah terima kasih!

0 Comments:

Post a Comment