Sunday, April 10, 2011








Assalammualaikum
huwaaaa...laju jer masa berlalu sedar tak sedar dah nak hampir tengah malam. waktu di tempat aku sekarang ialah 10:37 minit malam (hehe macam ler dok kat luar negeri). Dalam keadaan mata yang dah hampir lelap masih lagi nak menaip di dada blog ku ini ialah rasanya dah lama juga tidak meletakkan sebarang N3..rindu pulak minda ku nak mencurahkan segala rasa pemikiran.

Semenjak dua menjak ni fikiran ku asyik mengingati kisah-kisah lalu yang aku sendiri tidak tahu akan keberkesanannya pada diriku. Dulu semasa segala kejadian berlaku aku ada juga memikirkannnya tapi sampai satu tahap aku sendiri tidak dapat mencari jalan penyelesaian permasalahan itu lalu lelama aku pun dah terlupa. Mungkin sekarang fikiran ku dah tidak terlalu sesak sehingga dapat membuka ruang semula untuk kes2 yang lalu (hehehe kes u macam kat court lagi).

Petang semalam aku asyik terfikir tentang salah seorang teman chat di irc dan di ym. Orang N9, baik, seorang pendengar yang setia dan sekepala juga dengan aku..dulu masa aku berdj dia ada juga membuat permintaan. Perkara yang aku fikir tentang dia ialah "kenapa aku dah memutuskan persahabatan dengan dia?" Waktu dulu aku memang marah dekat dia sebab dia telah mencampuri urusan hubungan aku dengan orang lain. Aku marah sangat kat dia sebab hasrat dia ingin menolong merapatkan hubungan aku dengan orang lain telah membuat dia sewenang wenang mengutuk aku (bagi aku satu kutukan..walaupun kata dia hanya untuk menjernihkan keadaan). Bila aku renung kembali rentetan apa yang terjadi aku mula faham 'Apakah Yang Sebenarnya Terjadi". Aku "tidak pasti" samada dengan apa yang terjadi ada orang lain yang tersenyum puas..aku takkkk paassttiiiii...!!!

Petang tadi aku teringat pula dengan seorang yang aku panggil 'abang' dan seorang teman yang berada di Malaysia Timur. Kejadian yang menimpa kedua duanya pun seolah olah sama mungkin plot ceritanya berlainan....aduyaiiii biarlah hanya aku yang menafsir, aku lah yang tahu dan aku lah juga yang memahami segala kejadian yang menimpa ke-3 orang lelaki yang suatu dulu pernah rapat dengan aku. Aku selalu berfikir kekadang master mind seseorang dapat kita baca dan teka walaupun ianya mengambil sedikit masa. Dengan berlalunya masa membuat kita makin berfikir secara rasional akan sesuatu kejadian.

Kalau berkesempatan aku ingin ketemu semula ketiga tiga rakan ku walaupun hanya di alam maya ini..sesungguhnya aku tidak mendedami kalian occay!

Jam sudah menunjukkan pukul 11:02 dan rasanya mataku dah berat dan pedih untuk menaip lagi..mohon izin undur diri dulu..semoga dapat berjumpa lagi di lain N3 insyaAllah.

..selamat malam, selamat tidur dan selamat krohhh...krohh..krohh..

0 Comments:

Post a Comment