Thursday, April 21, 2011






Assalammualaikum semua dan selamat petang hari khamis.

Akhirnya aku kembali semula setelah beberapa hari away untuk tenangkan fikiran dan legakan otak yang berserabut....tenang ker? lega ker? well almost dan sedang menuju kearah itu insyaAllah.

Hari ni mood ku ceria yang sedang2 biasalah setelah away gi jalan-jalan dan tengok-tengok serta jengah-jengah tempat orang. Dalam proses tu semua aku ada mengharungi saat-saat yang teramat best dan ada juga saat-saat yang macam tak besttt tapi keseluruhannnya tahap happy 90%..ok lah tu kannnn...!!!

Tengahari ni keadaan cuaca terlalu panas membahang. Selalunya kalau keadaan terlalu panas akhirnya akan turun hujan lebat wallahhualam..kalau hujan pun best juga nyaman dan sejuk sikit.

Rasa tak selera nak makan nasi jadi aku gi dapur tengok apa yang patut di masak untuk hidangan tengahariku...selepas menung seketika akhirnya rasa macam nak makan mee + bihun goreng basah2..yeahhhh itu ler yang akan di layan oleh tekakku hehehe..u all tengok occay tak masakan ku kali ini??? Apa2pun aku dah habiskan sepinggan gorengan meehun ni dan terasa lah amat kenyangnya dan sambil menaip ni aku terfikir plak yang selalunya aku tidak berselera sangat makan tapi setelah mengetahui "sesuatu" tetiba jer aku jadi laparrrr hahaha..gelihati plak bila fikirkan..isk..isk..isk..isk..!!!


inilah meehun goreng basah yang telah aku sediakan untuk makan tenghari. memamg di sediakan sedikit berkuah mengikut citarasa tekakku

0 Comments:

Post a Comment