Thursday, April 21, 2011

Sekembalinya aku di samping rakan2 tenet tak banyak kes baru yang terjadi cuma keadaan shikin yang masih demam tak baik2 lagi..sebelum aku bercuti dia dah mula ngadu tak sedap badan demam selsema dan yang terbaru dia telah pergi mndptkan rawatan di spital besar melaka. harap2 dia akan cepat sembuh dapat lah join sembang lagi..to shikin jangan malas2 makan ubat dan banyak2 berehat we all miss u.

Hari ini aku join IRC masuk cenel2 yang ada boat kuiz sebab kebelakangan ini melayan kuiz buat aku takder ler rasa boring sangat sambey2 aku selesaikan pekerjaanku. Hari ini aku join IRC menggunakan skrip yang ada dalam koleksi ku tidak lagi menggunakan skrip yang selalu aku gunakan. Aku rasa tak selesa nak menggunakan skrip yang selalu sebab bagiku seandainya tuan empunya skrip macam tak suka lagi padaku cuba hindari aku tanpa sebab lebih baik aku tak gunakannya dan dia sendiri ada mengatakan bahawa KALAU TAK SUKA JANGAN GUNA so kepada tuan empunya skrip disini aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kerana sudi membenarkan aku merasa hebat sekejap menggunakan skrip yang cangih2 darinya...sesungguhnya skrip dia memang happening sangat terlalu cantik sehingga aku merasa TIDAK LAYAK ORANG SEPERTI AKU UNTUK KEKAL MENGGUNAKANNYA... apa2pun terima kasih sekali lagi.

****

sambil menaip ni aku terfikir plak yang selalunya aku tidak berselera sangat makan tapi setelah mengetahui "sesuatu" tetiba jer aku jadi laparrrr hahaha..gelihati plak bila fikirkan..isk..isk..isk..isk..!!!

ayat di atas ini bertolak titik dari apa yang baru saja aku ketahui (selama ini memang dah menjangka tapi tidak begitu pasti). teman yang rapat dengaku sekarang ini telah mengaku tengah melayan sorang awek baru. aku tak pasti kategori awek ni di hati dia macam mana tapi aku masih ingat kata-kata dia bahawa dia tidak SEMUDAHNYA nak melayan sebarang awek..so bila dia sendiri dah MENGAKU maksudnya ada special relationship (rasa-rasanya). aku rasa happy sangat2 sebab dia dah dapat melayan orang lain yang mungkin teramat sesuai dengan citarasa sikap dia...mesti awek tu baik orangnya, berbudi bahasa, sopan santun dan yang pastinya seorang yang alim. aku harap dia akan serasi dan berbahagia hendaknya setelah mendapat buah hati baru..TAHNIAH & ALL THE BEST!

<

0 Comments:

Post a Comment