
Assalammualaikum & s e l a m a t m a l a m (awal pagi)
Kedinginan malam terasa menyengat nyengat hingga ketulang. Dah hampir 15 minit aku terperosok di atas sofa di ruang tamu dalam kegelapan malam hanya di temani lampu sudut yang begitu kecil cahayanya.
Penat...tapi fikiranku masih boleh memikirkan perkara yang asyik bertapak di fikiranku sebelum aku keluar rumah awal malam tadi...Aku teringat dengan secebis ayat yang sempat aku lirik dari bacaan sebuah novel cinta petang tadi, ayat yang mengatakan "sepi itu indah" masih terpahat kuat di tabir penglihatanku. Persoalannya BENARKAH sepi itu indah??? Aku terpanggil untuk menguji kebenaran ayat itu dan apakah betul tindakan yang akan menyusul semata mata untuk mengetahui kebenarannya...wallahhualam..!!!
selamat pagi semua...aku ingin merebahkan badanku di peraduan tanpa memikirkan apa-apapun dan biarlah esok yang menceritakan kesinambungan perjalanan hidupku itupun sekiranya masih ada esok untukku.