Monday, May 23, 2011





Hati menangis siapa tahu???
Bila di rundung kesedihan sekaligus menjerut hati dan perasaan...kadangkala kebingungan melanda diri tidak tahu berfikir secara rasional..meskipun cuba ku pujuk hati ini namun kelukaannya makin dalam, makin berdarah makin parah.

Ya Allah kuatkanlah hatiku menempuhi dugaan besar darimu..izinkan aku menatap cahaya bundar di sebalik kelopak matanya lagi...izinkan aku menabur bakti walaupun hanya seketika cuma...aku mohon kepadaMu berilah semula "kekuatan" aku dan ahli keluargaku..akan aku harungi keadaan getir ini dengan penuh kepayahan namun untuk mengemis belas simpati dari "orang lain" tidak akan aku lakukan lagi kerana di saat2 begini aku amat mengerti siapa kawan dan siapa lawan..meskipun berulang kali ayat "sampai hati" terucap di hati dan bibirku namun aku pasrah sekiranya aku di takdirkan mengharunginya sendiri...kerana sejak dulu pun aku memang "sendiri"..

0 Comments:

Post a Comment