Tuesday, May 31, 2011

Assalammualaikum...

Petang ini baru memperolehi kesempatan untuk berkisah apa yang terjadi kebelakangan ni. Minggu yang bermula sejak 22hb May 2011 hingga ke hari ini bermacam macam perkara yang telah berlaku...kejadian yang sedikit sebanyak membuat jantungku rasa macam nak gugur.

Sabtu 21 May 2011 ~ kejadian yang sejak kebelakangan ni makin menjadi jadi. Keadaan makin jauh dan makin renggang telah menjadi aku makin tak faham, aku tak nak komen apa-apa sebab benda yang tak dapat di terima dek fikiranku. Kata pepatah kalau sayang pegang erat2 dan kemas2 agar kasih sayang akan kekal berpanjangan tapi kalau keadaan sebaliknya..malas nak fikir lagi...

Ahad 22 May 2011 ~ Aku jenis yang tidak boleh berdiam diri sekiranya ada perkara yang berlegar legar di fikiranku. Untuk kepastian yang entah kali keberapa aku bertanya lagi kenapa harus jeles dan aku minta sangat2 di jawab tapi rasanya sekarang musim "SENYAP & MENGAIBKAN DIRI" tengah melanda Malaysia. Kalau berani berperasaan kenapa harus takut untuk menjelaskan...bab ni pun aku tak nak layan sebab aku tidak pandai membaca fikiran orang dan aku belum belajar lagi bahasa senyap.

Isnin 23 May 2011 ~ Musibah melanda keluargaku dimana orang yang aku sayang terlibat dalam kemalangan. Tuhan masih sayangkan aku sebab sepatutnya aku yang terlibat tetapi telah di ganti dengan abahku. Waktu tu aku memang panik dan tak tahu nak buat aper malah nak fikir aper pun aku tak mampu keadaan diri gigil dan cemas sangat lebih2 lagi umi dan adikku berada di Johor. Keadaan abahku yang tidak sedarkan diri lagi buat aku mengelabah lalu aku menalipon dia sebanyak 3x tapi tak der jawapan. Ketika itu aku terlupa yang dia sedang berada dalam dunia "ghaib dan senyap". Menyedari hal itu aku menghantar sms memohon maaf kerana menggangu dan aku HINTKAN yang aku sedang berada dalam kecemasan tapi sampai ke hari ini dia tidak kisah untuk bertanya. Waktu itu aku faham sapa kawan dan sapa lawan. 49 jam 25 minit abahku tidak sedarkan diri, doktor mengatakan bahawa keadaan dia stabil cuma di sebabkan terkejut dia mendapat serangan jantung. Bila dia dah mula membuka mata aku lah orang yang paling gembira dan ku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana mendengar segala doaku. Tersenyum pahit aku bila ayat pertama yang aku dengar dari bibir abahku "min nampak kurus kering sangat"...aku hanya mampu tersenyum di ketika itu.

Isnin 30 May 2011 ~ Aku memberanikan diri menagih janji yang pernah dia suarakan padaku tetapi itulah dia masih meletakkan egonya ke tahap yang paling tinggi. Aku rasa kecewa dan ingin tido untuk selamanya semata mata untuk melupakan apa yang terjadi dan ketika itu sekali lagi Tuhan masih sayangkan aku "kawanku" yang telah terputus hubungan tetiba teringat untuk menalipon maka terselamat lagi aku dan kali ini aku betul2 menyesal membodohkan diri kerana seorang yang tidak pernah menghargai segala-galanya yang datang dari aku. Aku tidak akan menyesali dengan apa yang terjadi tapi aku kesal kerana terlalu memaafkan dan terlalu lembut hati..ini lah akibat bila aku jadi diri sendiri. Demi kebaikan kekadang kita perlu jadi orang lain bersesuaian dengan keadaan dan masa dan itu lah yang akan aku lakukan sekarang..buat baik dan nak lembut hati pun kena tengok siapa "orangnya". Sayu hatiku bila semua panggilan dan smsku tidak di layan seolah olah aku sedang menalipon dan bersms dengan tembok. Aku memang dah tak nak ucap lagi ayat "sampai hati" sebab ayat tu akan membuat aku lemah selemah lemahnya...

Selasa 31 May 2011 ~ Petang ini abahku dah boleh pulang dan umi telah membawanya terus ke destinasi percutian untuk berehat. Aku kembali menerokai dunia tenet walaupun beberapa hari yang lalu pc ku telah aku berikan kepada orang tetapi aku tak tahu kenapa orang tu hantar semula ke rumah dengan alasan bila dia on screen pc tu hitam tak keluar apa tapi bila aku on di rumahku keadaannya ok saja. Sekali lagi aku terfikir apa kah maksud di sebalik kejadian ini. Pagi tadi sewaktu aku nak join mIRC tetiba aku teringat kata seorang rakanku yang menggunakan nick 'Anturaya' suatu waktu dulu, katanya..."Iza aku memang respect kat ang lah sebab apa pun dugaan dunia tenet ang tak pernah mengalah, ang masih cekalkan hati dan tabah meskipun berlimpah ruah airmata ang mengalir". Kata2 ini lah yang membuat aku rasa aku tidak perlu lagi menjadi diriku yang sebenar kerana bagiku apa saja kebaikan yang aku buat tak akan di pandang mulia oleh orang lain dan apa yang terjadi kemarin 30hb May 2011 seolah olah aku di layan lebih buruk dari sampahhhh...Tak akan aku tagih lagi janji mu yang hanya manis di bibir tapi zero pada hakikatnya. Walaupun kau pergi tanpa ucap selamat tinggal tapi aku tidak akan menoleh lagi sebab untuk mengutip hatiku yang telah hancur lebur tidak akan aku lakukan lagi seperti waktu yang lepas2...terima kasih di atas segala pengajaran yang kau berikan semasa aku menjadi orang yang PALING KAU SAYANG!

0 Comments:

Post a Comment