Friday, June 17, 2011

Baru Tauuu..!!!


taraaaaaaaa..!!! ini dia char koay teow buatan sendiri. Al-kisahnya bila difikir2kan memang menggelikan hati.

Malam tadi selepas kelas "minat baruku" cikgu yang aku panggil abang Anuar telah belanja aku makan ditempat peberet dia selalu lepak2 dengan kekawan dia. Banyak kali dia asyik cite tentang keenakan & kesedapan makanan kat situ terutamanya char koay teow yang katanya memang mabeles. Aku pun teruja nak rasa macam mana nyer sedap koay teow goreng kat situ.

Aku baru jer suap semulut abang anuar dah tanya sedap tak? Aku tanya dia balik "nak jawapan jujur ker atau nak jawapan ambik hati?" Ofkos ler dia kata nak jawapan jujur. Sebelum aku jawab aku minta maaf dulu kalau jawapan aku adalah "char koay teow buatan aku lebih sedap lagi" hehehe Dia leh terima dengan alasan selera setiap orang mana nak sama.

Petang tadi sebelum singgah kelas dia bawa aku ke rumah emak dia. Aku terpinga pinga tanya kenapa bawa aku kesitu. Akhirnya baru aku tahu tujuan dia bawa aku ke rumah emaknyanya nak suruh aku goreng koay teow. Gelak aku, macam ni punya orang pun ada. Macam biasa aku pantang dicabar jadi akhirnya berbuka puasa petang tadi kita orang makan char koay teow buatan aku. Akhirnya dia sendiri mengaku memang buatan aku lebih sedap dari tempat pilihan dia hehehe baru tauuuu!!!

0 Comments:

Post a Comment