Bisikan Hati Cetusan Naluri..... Bibir Tak Bisa Bicara Bahasa Rasa

Assalammualaikum..
merenung jauh ke dasar segala yang terjadi tidak juga membuat aku berjumpa dengan jawapan pada "permasalahan" yang melanda diriku sekarang. Sudah lama aku membiarkan persoalan berlalu tanpa jawapan dan rasanya aku dah TERLALU PENAT untuk mengulangi memikirkannya. Sekarang ini sebaiknya aku mengikut rentak agar aku tidak lagi terlalu bergantung kepada harapan yang kini hanya tinggal harapan...aku kena terima hakikat bahawa sudah tiba masanya diriku tidak lagi berhak mendapat layanan seperti dulu dan aku juga mesti sematkan dalam minda bahawa tanpa aku keadaan dia akan baik2 saja tidak lagi seperti dulu. Aku yang bersalah terlalu berpegang pada kata-kata dan janji sehingga aku leka bahawa suatu waktu aku tidak lagi bererti untuk dia...keciannya aku!
Terlalu percaya dan berpegang pada kata2 dulu membuat fikiran ku makin kelam kabut dan nampaknya aku mesti menkaji perbuatannya yang telah pinggirkan aku selama 10 hari dengan alasan untuk menguji. Demi untuk kepuasan hatinya untuk menguji samada aku terlalu berharap kepada dia sanggup dia ketepikan perasaan aku. Perkara telah berlalu dan sepatutnya aku lebih meneliti apa yang sebenarnya di sebalik kejadian "10 hari" itu. Meskipun dia puas dan berjaya serta happy dengan tindakan dia tapi aku....
seharusnya aku kena lebih matang dengan segala perbuatan yang dia lakukan kepada aku dan sebaiknya segala apa yang ku rasa kini ku simpan saja dalam hatiku yang paling dalam kerana untuk bertindak dan berkata lebih dari sekarang sudah tidak bermakna lagi...Apa yang telah dia lakukan selama 10 hari ini mungkin tiada kesan apa2 di hatinya sebab itu dia tidak kisah untuk meminta maaf sebab alah bisa tegal biasa.. dah "terlalu selalu" dia buat begitu dan "sudah selalu" aku masih berlembut hati walaupun yang sebenarnya hatiku cukup terluka, bagiku kemaafan bukanlah penawar segala duka KERANA YANG TERLUKA AKAN TETAP LUKA!
Labels: Jeritan Hatiku

