Sunday, September 4, 2011

Ahad 4 September, 04:13 pagi.

Terkedip kedip mata sejak malam tadi menatap screen (teman setiaku kini)
Baru selesai chat dengan 'seseorang' yang baru 9 hari aku kenali. Selalunya aku layan chatting dia selama 10 minit tak lebih dari itu sebab tak nak chat lebih2 nanti jadi terlalu rapat susah nak berenggang hehehe...

Awal pagi tadi aku peruntukkan sejam untuk memberi laluan padanya menceritakan masalahnya..kira ok lah tu kan, apa2pun aku tak nak rasa terkilan dan seterusnya merasa kejam dengan tidak memperdulikan permasalahan yang di hadapi oleh semua kekawanku. Sifat lembut hati ini lah yang kekadang membuatkan orang mengambil kesempatan mempermainkan aku.
Biarlah orang memperlekehkan aku sekurangnya dapat juga aku tahu orang jenis yang macam mana yang sedang menjadi "kawan" aku.

Sekarang ini isi chatting aku tidak lagi berkisar tentang soal hati dan perasaan. Aku lebih selesa menjadi pendengar setia. Awal pagi tadi pun untuk kali yang ke-9 masih lagi menjadi pendengarnya yang setia. Hari ke-3 dia kenal aku dia dah sesiap kasitau nak cari teman bercerita yang sudi mendengar masalah dia dan seperti juga aku layan kekawan yang lain begitu juga dengan dia tak der lebih atau kurang.

Sepanjang aku mendengar penceritaan masalahnya belum lagi aku komen apa2. Semua ceritanya aku baca, faham, fikir dan sematkan dalam mindaku kemas2. Dari awal lagi dia dah beritahu aku bahawa dia bukan nak kan pendapat, idea atau rumusan cuma dia nak lepaskan apa yang terbuku di hatinya. Sekilas pandang aku pun pernah mengalami keadaan yang sama dimana aku hanya ingin bercerita mencurah rasa hati tanpa mengharap apa2 nasihat atau saranan. Aku merasakan dengan cara ini walaupun masalah itu tidak selesai sekurangnya dapat meringankan bebanan hati dan fikiran. Apa yang aku alami dulu dah membuat aku serik untuk berkongsi cerita sebab tak semua telinga yang mendengar dan mata yang membaca masalah kita ikhlas untuk menjadi bahu tempat kita berpaut di kala susah dan sedih. Kebanyakan jenis yang suka berpura pura bersikap baik untuk seketika waktu sahaja selepas tu faham2 sendiri lah..terutamanya yang beryer yer sangat nak bantu kita dalam segala hal akhirnya ghaib entah kemana-mana.

Di akhir sesi chatting kami tadi dia ada mengandaikan sikap aku yang sememangnya tidak betul sama sekali tetapi aku hanya mendiamkan diri sambil meletakkan icon senyum. Bagi dia setiap ayat aku mesti di akhiri dengan icon senyum telah membuatkan dia berpendapat yang aku ni seorang yang happy, gembira dan ceria selalu dan katanya lagi mesti hidup aku di penuhi dengan kebahagiaan, masalahnya sekarang bahagia kah aku? Hanya Tuhan saja yang maha mengetahui. Apa yang lebih tepat untuk waktu ini ialah aku rasa bersyukur kerana hatiku makin kuat untuk menghadapi hari2 yang mendatang. Sekarang ini teman setiaku adalah screen pc ku yang walau pada dasarnya diam membisu tapi setia menemani aku di waktu susah dan senang dengan menyimpan segala curahan perasaan hati ku di dada laman blogku.

Jam di sudut screen telah menunjukkan pukul 04:44 dan aku harus mengundurkan diri dulu untuk bersahur sebagai penyediaan untuk aku menjalani ibadah puasa 6 di siang hari nanti.

Salam pagi minggu dan Assalammualaikum Warohmatullahiwabarokatuh.

0 Comments:

Post a Comment