Saturday, September 3, 2011

Assalammualaikum & selamat malam hari sabtu 3 September 2011.

Perjalanan hari ini rasanya terlalu cepat kalau di bandingkan dengan hari-hari sebelumnya. Mungkin di sebabkan kesibukan melanda diri hingga tidak terasa begitu cepat masa berlalu. Waktu subuh pagi tadi memang terasa sedikit lemau maklum ler tak cukup tidur melayan chatting kawan yang pulang beraya dari Tokyo, Jepun. Macam-macam cerita yang kita borakkan hingga tak sedar jam dah menunjukkan pukul 5:00 pagi dimana waktu itu aku terpaksa mengundur diri dari screen pc untuk bersahur. Alhamdulillah hari ini hari puasa 6 ku yang ke-4 dan kalau di panjangkan umur akan menyambut hari raya puasa 6 pada hari selasa 6hb September...wow banyaknyer angka 6!

Waktu berbuka tadi tak tahu nak makan aper. Sejak berbuka petang semalam tekak ku memang dah tak lalu nak jamah nasi dan lauk pauk ayam dan daging. Sejak 1 Syawal itu hari lauk pauk tu lah yang di makan walaupun resepinya berlainan. Berbuka dengan menjamah sepotong puding dan meneguk segelas air barli suam telah mengenyangkan aku untuk sementara waktu. Selepas solat isya kira-kira jam 9:30 malam perut ku mula berkeroncong semula.."menjerit-jerit" usus perut ku minta di isi. Lama juga aku menung kat meja dapur fikir nak makan aper dan akhirnya inilah yang aku hasilkan dan selesai sudah 2 biji murtabak telur selamat masuk ke perut ku hehehe...

Aku sengaja tak nak letak daging atau ayam kisar sebagai inti sebaliknya aku letak banyak telur (8 biji telur untuk 2 biji murtabak) supaya murtabak ku mampat dan padat baru rasa best sket nak ngap...

Macam biasa aku curi2 letak lebih serbuk lada hitam walaupun aku tahu pengambilan serbuk lada yang banyak tidak begitu elok lebih2 lagi kepada orang yang berpuasa kerana akan membuatkan tekak menjadi lebih kering tapi biarlah janji untuk masa dan ketika aku masak nak makan, keadaan murtabak yang aku buat memenuhi selera tekak ku itu lebih penting hikhikhik... Aku letak hirisan bawang besar sikit saja sebab tak tahu kenapa hingga sekarang aku masih berfahaman kalau makan bawang bebanyak nanti ketiXX busuk muehehehehe...


penyediaan nak buat murtabak versi aku memang mudah giler...
aku berpendapat makanan yang di sediakan dengan ringkas dan tidak menggunakan bahan2 yang banyak akan menghasilkan sesuatu yang lebih mantap untuk di layan oleh tekak lebih2 lagi di saat dah tak leh nengok ayam dan daging lagi...

Untuk 2 biji murtabak saiz yg macam aku buat (alamak lupa nak kira brapa cm)
2 keping roti canai segera (di pisahkan kepada 2 lapisan)
8 biji telur (kalau yang nak roti dia leper letak ler kurang telur hahaha..)
1/4 biji bawang besar (hiris nipis2 atau nak cencang lumat pun hentam saja lahh)
sedikit garam halus & serbuk lada hitam atau putih

Panaskan non-stick pan dan letakkan 1 sudu teh butter..biar cair dulu
letakkan lapisan roti canai segera yang pertama, siram telur dan letak selapis lagi kepingan roti canai segera (nak buat brapa lapis pun ikut suka..)
masak sehingga kulit roti di bahagian bawah garing kekuningan..dan kalau nak rentung pun ikut lahhh mana tahu kan bila rentung lagi sedap rasanya muahahaha..
setelah itu balikkan yang belah bawah naik atas plak (adeyyy srryy tak reti nak letak ayat macam mana tapi korang faham2 lah xkan nak kasi garing sebelah saja kan?)
kalau nampak macam kering leh ler letakan secalit lagi butter atau minyak masak jangan minyak petrol sudah lah..

Bila dah nampak macam ok boleh lah di angkat dan sejukkan dulu sebelum ngap sebab kalau terus men ngap pasti lecur bibir sebab lapisan didalan tu memang panas dan kalau dah tergedik gedik tak sabaq nak makan boleh di belah kepada beberapa bahagian kecik agar dia cepat sejuk.

sekian terima kasih dan selamat mencuba...

cadangan hidangan:-
kalau aku makan begitu saja tak payah nak ngengada tapi kalau kau orang suka leh cicah ngan sebarang kari, sambal atau rendang kesukaan.


0 Comments:

Post a Comment